| kembali ke menu utama Penyusuan
Badan Ya.
Jika anda menyusu badan, kelenjar pituitari mengeluarkan hormon
oxytocin,
yang bertindak untuk menegangkan otot yang lembut seperti pundi susu di
payudara
anda. Ini menyebabkan susu anda bergerak ke hadapan payudara,
memyediakan susu kepada bayi anda. Dengan setiap penyusuan, oxytocin
akan
menyebabkan sel-sel otot ini di dalam rahim menegang, mengakibatkan
rahim mengecut kembali ke saiz asal. Oxytocin mempunyai 1 lagi kesan
yang penting,
perasaan sayang dalam diri ibu-ibu terhadap bayi-bayi mereka.
Kadang-kadang
hormon ini juga dikenali sebagai 'hormon sayang'. Adakah penyusuan ini membantu berat
badan saya turun? Ketika
anda mengandung, badan anda secara semulajadi menambah tisu-tisu lemak supaya
anda mempunyai lemak yang mencukupi untuk mula dan menyokong penyusuan. Selepas
mempunyai bayi, jika anda makan pelbagai makanan dan seimbang, penyususan akan
menolong menurunan berat badan tanpa mempengaruhi kesihatan anda atau bayi
dengan berdiet. Dan anda secara natural membakar lemak untuk menghasilkan susu
setiap kali anda menyusu badan.
Mungkin,
tetapi ia tidak akan berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang mungkin
mempengaruhi nafsu pada ibu-ibu baru ini. Paling ketara adalah kepenatan
ketika berpantang, kepenatan yang mungkin berlebihan jika anda sahaja yang
dapat memenuhi kehendak bayi baru anda seperti menyusu pada setiap beberapa jam
(selain menidurkan, menukar lampin dan mendukung bayi anda) mungkin menyebabkan anda
keletihan pada akhirnya dan kurang berminat kepada pasangan
anda. Jika
anda adalah mereka yang tidak bernasib baik, ingatkan diri anda dan pasangan
anda, adalah normal seks ibu yang menyusu ini adalah kurang. Pastikan berkomunikasi
secara terbuka dan cari cara lain (seperti mandi bersama, saling urut
–mengurut) Paling penting, letakan semua ini
dalam satu perspektif – Kebanyakan ibu bapa baru ini mengatakan ini
hanyalah sementara untuk mendapat kebaikan yang lebih daripada penyusuan itu. Saya masih menyusu anak saya yang
berumur 7 bulan dan saya baru sahaja mengalami period yang pertama selepas
bersalin. Adakah kitaran period saya akan tetap walaupun saya masih menyusukan bayi? Bila
kitaran akan mula tetap tidak dapat dipastikan, setiap wanita mempunyai
pengaruh hormonal yang berbeza terhadap penyusuan badan. Namun 1 perkara yang
pasti ialah anda perlu beringat anda telah mula subur. Bermulanya period anda
adalah petanda ovulasi telah bermula. Jika anda tidak bercadang menambah ahli
keluarga anda, jumpalah doktor anda mengenai pilihan untuk mengawal
kelahiran. Hanya pil progestin yang
boleh digunakan ketika menyusu bayi, tetapi terdapat kajian mengatakan ianya
akan mengubah komposisi susu badan. Maka ramai pakar mencadangkan ibu-ibu yang
menyusu bayi menggunakan kaedah lain seperti penggunaan diaphragm atau kondom |
Hubungi: Sharipah Nor Irma Enterprise (001625725-H) No 46 Jalan Cecawi 6/13 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor E-mail: sales@mybengkung.com Tel: 012-2966 224 Set bersalin Nona Roguy |